Sila ketik pautan-pautan di kanan untuk mengetahui imbasan isi.

Wednesday, March 5, 2008

Buku-Buku Cikgu Herba di Pasaran

Kebanyakan orang menyangka penjagaan kesihatan dengan menggunakan herba hanya semata-mata memberi tumpuan kepada pengambilan herba yang sesuai untuk sesuatu keadaan kesihatan. Ramai yang tidak tahu dan mengabaikan pendekatan nutrisi holistik yang sebenarnya diperlukan bersama-sama pengambilan herba atau sebarang suplemen alternatif bertujuan membantu mengembalikan keseimbangan biokimia tubuh.

Pendidikan samada untuk tujuan pencegahan, perawatan dan pemuliharaan adalah salah satu kepakaran herbalis Bahrain, (RH). Beliau menggunakan bidang penulisan sebagai salah satu sarana untuk menyampaikan ilmu herbalisme dan nutrisi holistik. Jika anda telah membiasakan diri dengan tulisan-tulisan beliau, anda akan dapati bahawa beliau memiliki kepakaran yang unik dan tersendiri dalam menanggapi sesuatu isu kesihatan.

Dua buah buku herbalis Bahrain, RH (AHG) baru sahaja diterbitkan oleh ALAF21 pada bulan Mac, 2008 berjudul:

☺ Variasi Aromatherapi – Rehat & Rawat
☺ Mengawal Berat Badan

Untuk mengetahui lebih lanjut sila baca sinopsis buku-buku tulisan Bahrain, RH (AHG) dengan mengketik pautan di kanan web blog ini.

Herbalis Bahrain, RH (AHG)
http://www.bukucikguherba.blogspot.com/